YB Dr Leong, ADUN Gurun dan Che Hasfizatul Nisah Ketua Puteri UMNO Jerai sedang bersalaman dengan anak-anak yatim yang kegembiraan jelas terpancar diwajah mereka.
Ahli Puteri Jerai sedang leka memilih baju yang sesuai untuk anak-anak yatim
Salah seorang ahli Puteri UMNO Jerai, Shamsidar sedang mengiringi anak-anak yatim untuk memilih baju kesukaan mereka.
Sharida dan Kak Dah turut membantu anak-anak berkenaan
YB Leong sedang memadankan baju kebadan salah seorang anak-anak berkenaan
Sebentar tadi, lebihkurang pukul 3.30 petang, bertempat di Pasaraya Ceria,Plaza Jerai, Gurun Puteri Bahagian Jerai dengan Kerjasama UMNO Bahagian Jerai telah mengadakan satu aktiviti membantu anak-anak yatim dari cawangan-cawangan sekitar Parlimen Jerai untuk membeli baju baru sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Seramai 41 orang anak-anak yatim disekitar Parlimen Jerai telah bertuah pdada kali ini kerana mereka telah berpeluang menyarung baju baru sempena raya tahun ini setelah pihak Puteri Jerai, UMNO Bahagian Jerai dan pihak Pasaraya sendiri dengan ikhlas memberi sumbangan berkenaan bagi menambah keceriaan anak-anak yatim ini.
Turut hadir ialah ADUN Gurun, YB Dr Leong yang turut sama memilih baju yang sesuai untuk anak-anak yatim berkenaan. Kehadiran YB adalah jelas menggambarkan perpaduan yang kuat parti-parti komponen Barisan Nasional diParlimen Jerai.
salam...saya ilah (ketua pu3 kg.bt2)..
ReplyDeletetahniah di atas usaha puteri Jerai di atas keprihatinan membantu anak2 yatim..saya yang berada jauh di ibu kota amat cemburu melihat kemeriahan yang tidak dapat saya turut serta.
tahniah!! Hidup Puteri Jerai...