PENAIKAN TARAF BLOG UMNO BAHAGIAN JERAI

INGIN DIUMUKAN DISINI BAHAWA BLOG INI AKAN DI BEKUKAN SETELAH BLOG UMNBO BAHAGIAN JERAI YANG BARU DIAKTIFKAN SEPENUHNYA. BLOG BARU BOLEH DILAWATI DI http://onejerai.blogspot.com/ UNTUK PERSEMBAHAN YANG LEBIH MANTAP DAN MESRA PENGGUNA

sila klik dibawah untuk ke laman baru UMNO BAHAGIAN JERAI

Wadah untuk ahli-ahli UMNO Jerai untuk berinteraksi terus dengan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan seluruh AJK Bahagian UMNO Jerai.

"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
"

PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA DIHOSPITAL YAN

12.11.09

HARI PELANCARAN KEMPEN GERAK MESRA 1MALAYSIA

Kelancaran Majlis Pelancaran Kempen Gerak Mesra 1Malaysia(BN Menang-Kedah Senang) disambut dengan perasaan penuh kesyukuran kehadrat Allah. Dari seawal pukul 7.00 pagi telah giat pihak-pihak petugas dan urusetia menjalani tugasan terakhir mereka kerana dijangkakan ketibaan rakyat adalah sekitar pukul 2.00 petang tetapi ada yang telah tiba seawal pukul 12.00 tengahari. Namun, kerana kecekapan pihak yang mengendalikan makan-minum TETAMU ISTIMEWA UMNO/BN Jerai, iaitu rakyat biasa yang sentiasa didahulukan, maka walaupun ketibaan mereka sedikit awal dari yang dijadualkan, ketibaan mereka telah diberikan makanan dan minuman yang sepatutnya.

Ketika jam menunjukkan pukul 2.30 petang, kehadiran rakyat biasa sebagai TETAMU ISTIMEWA semakin ramai. Siam, India, Cina dan Melayu kelihatan begitu mesra seperti ingin menyampaikan isyarat bahawa perpaduanlah yang mereka mahukan setelah sekian lama perasaan ini agak renggang hasil mainan sentimen oleh pihak pembangkang.

Dan ketika saat-saat hampir kepada ketibaan TETAMU KHAS YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin, ketibaan tetamu istimewa, rakyat biasa melaut dari apa yang dijangkakan. Anggaran awal sebanyak 8,000 tetamu istimewa yang datang ternyata jauh dari jangkaan kerana sehingga selepas ketibaan YAB TPM, masih ada TETAMU ISTIMEWA yang berpusu-pusu sehingga khemah yang disediakan sudah padat sehingga dewan terpaksa dibuka untuk menampung limpahan TETAMU ISTIMEWA yang tidak pututs-putus datang bukan setakat hanya ingin menyambut TETAMU KHAS mereka, tetapi sebagai isyarat bahawa mereka sememangnya MENYOKONG kepimpinan kedua-dua tonggak diatas, iaitu Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' hj Muhyiddin Mohd Yassin. Dari jumlah kupon yang diagihkan dipercayai lebih dari 20,000 TETAMU ISTIMEWA dari kalangan rakyat jelata pelbagai peringkat hadir ke perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Titi Serong. TAHNIAH KEPADA SELURUH TETAMU ISTIMEWA!!!



































































11.11.09

SENTUHAN AKHIR SEBELUM KETIBAAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI(BESOK)



10.11.09

SEKITAR KERJA-KERJA PENYIAPAN TEMPAT UNTUK KEMPEN GERAK MESRA



6.11.09

MAJLIS PELANCARAN GERAK 1MALAYSIA DIJERAI

UMNO Bahagian Jerai telah dipilih bagi menggantikan UMNO Bahagian Kuala Kedah sebagai tempat dimana Majlis Pelancaran Gerak 1Malaysia peringkat Negeri Kedah disebabkan faktor cuaca. Majlis Pelancaran berkenaan akan diadakan seperti maklumat dibawah:




4.11.09

BN MENANG KEDAH SENANG.

Posted by Detguaq Thursday, November 5, 2009


Diharap blogger-blogger Kedah yang pro-UMNO/BN akan CnP logo BN MENANG KEDAH SENANG yang terdapat disebelah kanan atas blog ini untuk ditampalkan kepada blog masing-masing sebagai tanda menyokong usaha untuk mengembalikan Kedah kepada UMNO/BN.







24.10.09

MAJLIS PERJUMPAAN DENGAN KETUA-KETUA CAWANGAN

Pada petang kelmarin dan hari ini telah diadakan perjumpaan serta mesyuarat tidak rasmi diantara Ketua Bahagian UMNO Jerai dan seluruh Ketua-ketua Cawangan UMNO dalam Parlimen Jerai berkaitan isu-isu semasa dan juga soal jawab mengenai bajet 2010 bagi menambah maklumat dari kedua-dua belah peringkat. Semalam perjumpaan dimulai dengan Ketua-ketua Cawangan UMNO DUN Gurun, manakala hari ini pada sebelah pagi dengan Ketua-ketua Cawangan UMNO DUN Sungai Limau dan petang ini dengan Ketua-ketua Cawangan UMNO DUN Guar Chempedak.












15.10.09

Teks Penuh Ucapan Dasar Presiden UMNO 2009



UCAPAN DASAR
PRESIDEN UMNO
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HJ. ABDUL RAZAK
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009
PADA 15HB OKTOBER 2009 (KHAMIS) JAM 9.00 PAGI
DI DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA KUALA LUMPUR