PENAIKAN TARAF BLOG UMNO BAHAGIAN JERAI

INGIN DIUMUKAN DISINI BAHAWA BLOG INI AKAN DI BEKUKAN SETELAH BLOG UMNBO BAHAGIAN JERAI YANG BARU DIAKTIFKAN SEPENUHNYA. BLOG BARU BOLEH DILAWATI DI http://onejerai.blogspot.com/ UNTUK PERSEMBAHAN YANG LEBIH MANTAP DAN MESRA PENGGUNA

sila klik dibawah untuk ke laman baru UMNO BAHAGIAN JERAI

Wadah untuk ahli-ahli UMNO Jerai untuk berinteraksi terus dengan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan seluruh AJK Bahagian UMNO Jerai.

"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
"

PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA DIHOSPITAL YAN

11.11.09

SENTUHAN AKHIR SEBELUM KETIBAAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI(BESOK)




Besok merupakan hari diamana KEMPEN GERAK MESRA 1MALAYSIA Peringkat Negeri Kedah akan dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Timbalan Pengerusi Parti Komponen Barisan nasional dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Sebagai menyambut kedatangan beliau dan juga menyambut kedatangan rakyat yang memang UMNO Bahagian Jerai amat alu-alukan secara terbuka, maka persiapan yang paling rapi telah pelbagai pihak uruskan terutama pihak JPM sendiri, Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan juga Seluruh warga UMNO Bahagian Jerai termasuklah juga dari parti-parti komponen yang terdiri dari MCA, Gerakan, MIC dan IPF Jerai.

Aturcara padat esok dijangka akan dihadiri oleh pelbagai lapisan rakyat yang ingin mendengar sendiri ucapan dan amanat oleh pemimpin tertinggi UMNO/BN.

BANNER-BANNER YANG BERKAITAN DENGAN
PELANCARAN KEMPEN



SEHINGGA PETANG, KERJA-KERJA MENDIRIKAN KHEMAH
UNTUK ORANG RAMAI TERUS GIAT DIJALANKAN


KUMPULAN BERSELAWAT SEDANG MENJALANI LATIHAN
AKHIR


BEGITU JUGA DENGAN PASUKAN GENDANG SILAT
BIMBINGAN EN. HALIM MAT ISA, WALAU DIBARISI
ANAK MUDA, TETAPI PERMAINAN MEREKA
AMAT MEMUASKAN.


PENTAS UTAMA


MASIH ADA YANG BELUM KENA. DATUK SUHAIMI,
DATUK PADUKA MOHD ROZAI SAFIAN DAN DATO BAKRI
SEDANG BERBINCANG MENGENAI PERSIAPAN TEMPAT.






MESYUARAT TERAKHIR PELBAGAI PERINGKAT DARI URUSETIA
HINGGALAH PERSIAPAN TEMPAT TELAH DIADAKAN
DENGAN BEGITU TELITI, MEMANDANGKAN JADUALNYA
CUKUP PADAT DAN DALAM TEMPOH MASA YANG SINGKAT


PIHAK SIARAYA TURUT MENCUBA SISTEM SUPAYA TIADA
GANGGUAN SEMASA MAJLIS DILANCARKAN.




MESYUARAT DIAKHIRI DENGAN JAMUAN SELERAK
MINUM PETANG.

PENTAS UTAMA

PERTUNJUKAN MULTIMEDIA DIADAKAN DIDALAM DEWAN

BILIK SIDANG MEDIA, WAWANCARA DENGAN TPM
AKAN DIADAKAN DISINI.

**Kami, seluruh warga UMNO Bahagian Jerai berasa amat berbangga kerana inilah julung-julung kali diadakan majlis sebegini besar selepas Perhimpunan Agung yang baru sahaja diadakan pada Oktober lepas di Negeri Kedah, dan peluang ini pula diperolehi oleh UMNO Bahagian Jerai walaupun pada mulanya ianya dijadualkan diBahagian Kuala Kedah.

Namun kami terlebih dahulu ingin memohon kemaafan kepada seluruh hadirin baik pemimpin mahpun rakyat terutamanya, sekiranya ada kesilapan-kesilapan dan kekurangan-kekurangan yang tidak sengajakan ketika sepanjang berjalannya majlis ini kerana itu bukanlah maksud kami yang juga mahukan kesempurnaan.

1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DDIUTAMAKAN.

No comments:

Post a Comment

SILA PERKENAL DIRI SEKIRANYA BERMINAT UNTUK MEMBERI KOMEN