PENAIKAN TARAF BLOG UMNO BAHAGIAN JERAI

INGIN DIUMUKAN DISINI BAHAWA BLOG INI AKAN DI BEKUKAN SETELAH BLOG UMNBO BAHAGIAN JERAI YANG BARU DIAKTIFKAN SEPENUHNYA. BLOG BARU BOLEH DILAWATI DI http://onejerai.blogspot.com/ UNTUK PERSEMBAHAN YANG LEBIH MANTAP DAN MESRA PENGGUNA

sila klik dibawah untuk ke laman baru UMNO BAHAGIAN JERAI

Wadah untuk ahli-ahli UMNO Jerai untuk berinteraksi terus dengan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan seluruh AJK Bahagian UMNO Jerai.

"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
"

PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA DIHOSPITAL YAN

29.9.09

TAN SRI ISA SAMAD CALON DUN N31, BAGAN PINANG


Isa Samad sah calon BN di Bagan Pinang
29/09/2009 5:24pm

PORT DICKSON 29 Sept. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini diumumkan secara rasmi sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri BN peringkat negeri di Batu 6, Jalan Pantai dekat sini petang ini.

Mohd. Isa, 60, merupakan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 23 tahun.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 3 Oktober ini.

Terdapat 13,664 pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang dengan 9,060 merupakan pengundi biasa manakala 4,604 pengundi pos.

DUN Bagan Pinang mempunyai 62.7 peratus pengundi Melayu, 20.7 peratus India, 10.9 peratus Cina dan 5.5 peratus kaum lain.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Azman Mohd Nor pada 4 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Allahyarham Azman memenangi kerusi DUN itu selepas mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. - Utusan

15.9.09

RUMAH TERBUKA UMNO BAHAGIAN JERAI





Walaupun Ramadhon belum berakhir, tetapi bagi mengelakkan rakyat Jerai dari kelam kabut dan supaya mereka dapat menyediakan jadual lebih awal agar tidak bertembung dengan jadual UMNO Bahagian Jerai untuk mengadakan rumah terbuka sempena Aidil Fitri, pada Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi, maka pihak UMNO Bahagian telah mengeluarkan kad jemputan ini lebih awal kepada seluruh rakyat Jerai. Ia adalah jemputan terbuka.


Sisipan Jemputan








14.9.09

PENYAMPAIAN KUIH RAYA KEPADA PESAKIT-PESAKIT DIHOSPITAL YAN

Pagi tadi bermula pada pukul 10.00 pagi seperti yang dijadualkan, pihak UMNO Bahagian Jerai dena ndisertai sayap-sayapnya telah mengadakan satu majlis ringkas tetapi padat dan bermakna iaitu penyampaian kuih raya kepada pesakit-pesakit diwad-wad Hospital Yan.

Antara yang hadir ialah Ketua Bahagian, Dato' Shuhaimi Abdullah, Ketua Wanita Puan Khalijah Arshad dan beberapa AJK Wanita Bahagian, Ketua Puteri Puan Hafizatulnisah Mat Isa dan beberapa AJK Puteri Bahagian. Mereka juga diiringi oleh beberapa Ajk lain seperti Setiausaha, Tuan Hj. Ahmad Md Noh, Puan Musharofah Din, Aziz Din, Yusoff Hamid dan juga Encik Chua serta dua orang AJK MCA Jerai.

Manakala pihak Hospital Yan pula diwakili oleh Pengarahnya, Dr Khadijah Sani dan beberapa kakitangan pentadbiran disertai oleh beberapa orang jururawat hospital.


Bersama dengan salah seorang ibu baru diWad Bersalin









12.9.09

MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN KEPADA KUMPULAN TADARUS MASJID BATU 14.

Sebaik sahaja selesai majlis penyerahan sumbangan Hari Raya di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Dato' Haji Ahmad Shuhaimi Haji Abdullah, Ketua Bahagian UMNO Jerai bergegas keMasjid Batu 14, Jalan Alor Setar untuk menyampaikan sumbangan kepada Kumpulan Tadarus Al-Quran masjid berkenaan yang dipimpinkan oleh Ustaz Mohd Ali dan Ustaz Ghazali. Sumbangan peribadi Dato' berjumlah RM1,600.00 itu adalah untuk membantu mempergiatkan lagi aktiviti berkenaan selain dari kelas taranum dan fardhu 'Ain yang juga akan dibiayai sebahagiannya oleh Dato’ dari segi yuran guru/ustaz/ustazah yang datang mengajar.

Dato' juga bersetuju atas permohonan mereka untuk membina sebuah bangunan berasingan untuk tujuan aktiviti-aktiviti sampingan seperti kelas fardhu 'Ain dan kelas belajar Al-Quran.



Dato' Haji Shuhaim sedang memberi ucapan ringkas








11.9.09

SAMBUNGAN MAJLIS SEMALAM(MAJLIS SUMBANGAN SEMPENA AIDIL FITRI PERINGKAT BAHAGIAN JERAI)

Hari ni hampir 500 orang lagi menerima sumbangan Hari Raya Aidil Fitri anjuran UMNO Bahagian Jerai. Seawal jam 9.00 pagi penerima-penerima sumbangan telahpn hadir dan berkumpul didalam dewan serbaguna Guar Chempedak. Bagi yag sihat dan berkenderaan, mereka berjalan sendiri, bagi yang uzur datang berpapa, bgi yang kudung datang berkerusi roda, bagi yang buta datang berpimpin.

Hadirnya mereka bukan hanya kerana untuk menerima sumbangan berkenaan, malah hadir merekqa adalah petanda rakyat semakin kembali mendekati UMNO setelah mengetahui hanya dasar-dasar kerajaan BN yag boleh menguntung dan menstabilkan rakyat baik dari segi ekonmi mahupun dari segi politik. Kerjasama dari Ketua-ketua cawangan yang memilih dengan telus penerima-penerima yangberhak menerima sumbangan dari cawangan-cawangan mereka amat-amatlah dihargai.

Ucapan Dato' Ketua Bahagian yang menyentuh perasaan mereka yang hadir diharap supaya dapat menimbulkan keinsafan kepada seluruh ahli-ahli UMNO Jerai.



Dato' Ketua Bahagian sedang memberi ucapan alu-aluan kepada

penerima sumbangan.

Para penerima sumbangan sedang khusyuk mendengar penerangan

mengenai isu-isu semasa oleg Dato' Ketua Bahagian


Salah seorang penerima sumbangan yang datang dengan berkerusi roda










10.9.09

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA

Hari ini berlangsngnya Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Anjuran UMNO Bahaggian Jerai Peringakt Pertama yang berlangsung diDewan Serbaguna Guar Chempedak pada pagi tadi. Lebih dari 300 penerima sumbangan hadir dari DUN Sungai Limau. Besok akan berlangsung satu lagi majlis yang sama untuk DUN Guar Chempedak dan DUN Gurun. Turut hadir bagi menjayakan majlis berkenaan ialah Yag Berbahagia Dato' Ketua Bahagian dan seluruh Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Jerai termasuk sayap-sayap Bahagian. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 10.30pagi.











PATUT DIAMBIL IKTIBAR

Dari Utusan(Terimakasih mfa-cybertrooper)

DAP paling aktif bantu SPR daftar pengundi
PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.
Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Katanya, kerjasama SPR dengan parti-parti politik itu adalah menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa oleh badan itu untuk berbuat demikian.
"PPS dari DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.
"Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU-12, kita dapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya adalah yang paling tinggi sementara terendah adalah kaum India," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata, SPR menghargai daya usaha PPS dalam menarik minat orang ramai mendaftar menjadi pemilih memandangkan tanggungjawab besar yang dipikulnya berikutan setiap tahun terdapat 400,000 orang mencapai umur 21 tahun.
"Kumpulan PPS inilah yang paling berkesan dalam mencari dan mendaftarkan pemilih baru berbanding kakitangan SPR yang turun padang, diikuti di pendaftaran di pejabat pos dan kaunter.
"Tahun lepas terdapat kira-kira 2,000 PPS di seluruh negara. Mereka begitu rajin sekarang dan bila rajin, tinggilah pendapatan mereka yang diberi RM1 jika berjaya mendaftarkan seorang pemilih baru," katanya.
Sehubungan itu, Wan Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada SPR supaya menambah bilangan PPS sedia ada iaitu dari seorang setiap parti untuk satu Dewan Undangan Negeri kepada tiga hingga lima orang.
"Mungkin kita akan mencadangkan supaya setiap daerah mengundi diperuntukkan seorang PPS bagi setiap parti," katanya.

Petikan berita dari sini

PUTERI JERAI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM


YB Dr Leong, ADUN Gurun dan Che Hasfizatul Nisah Ketua Puteri UMNO Jerai sedang bersalaman dengan anak-anak yatim yang kegembiraan jelas terpancar diwajah mereka.

Ahli Puteri Jerai sedang leka memilih baju yang sesuai untuk anak-anak yatim










4.9.09

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal
Sep 4, 09 3:21pm
ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.