PENAIKAN TARAF BLOG UMNO BAHAGIAN JERAI

INGIN DIUMUKAN DISINI BAHAWA BLOG INI AKAN DI BEKUKAN SETELAH BLOG UMNBO BAHAGIAN JERAI YANG BARU DIAKTIFKAN SEPENUHNYA. BLOG BARU BOLEH DILAWATI DI http://onejerai.blogspot.com/ UNTUK PERSEMBAHAN YANG LEBIH MANTAP DAN MESRA PENGGUNA

sila klik dibawah untuk ke laman baru UMNO BAHAGIAN JERAI

Wadah untuk ahli-ahli UMNO Jerai untuk berinteraksi terus dengan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan seluruh AJK Bahagian UMNO Jerai.

"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
"

PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA DIHOSPITAL YAN

12.9.09

MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN KEPADA KUMPULAN TADARUS MASJID BATU 14.

Sebaik sahaja selesai majlis penyerahan sumbangan Hari Raya di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Dato' Haji Ahmad Shuhaimi Haji Abdullah, Ketua Bahagian UMNO Jerai bergegas keMasjid Batu 14, Jalan Alor Setar untuk menyampaikan sumbangan kepada Kumpulan Tadarus Al-Quran masjid berkenaan yang dipimpinkan oleh Ustaz Mohd Ali dan Ustaz Ghazali. Sumbangan peribadi Dato' berjumlah RM1,600.00 itu adalah untuk membantu mempergiatkan lagi aktiviti berkenaan selain dari kelas taranum dan fardhu 'Ain yang juga akan dibiayai sebahagiannya oleh Dato’ dari segi yuran guru/ustaz/ustazah yang datang mengajar.

Dato' juga bersetuju atas permohonan mereka untuk membina sebuah bangunan berasingan untuk tujuan aktiviti-aktiviti sampingan seperti kelas fardhu 'Ain dan kelas belajar Al-Quran.



Dato' Haji Shuhaim sedang memberi ucapan ringkas












Perkumpulan Tadarus Wanita Batu 14
Ketua Perkumpulan menerima secara simbolik sumbangan dari Dato' KBUJ
sambil diperhatikan oleh Ustaz Ghazali

Sedang memperkatakan sesuatu mengenai cadangan bangunan
baru yang akan dibina berasingan dari induk masjid.

No comments:

Post a Comment

SILA PERKENAL DIRI SEKIRANYA BERMINAT UNTUK MEMBERI KOMEN