PENAIKAN TARAF BLOG UMNO BAHAGIAN JERAI

INGIN DIUMUKAN DISINI BAHAWA BLOG INI AKAN DI BEKUKAN SETELAH BLOG UMNBO BAHAGIAN JERAI YANG BARU DIAKTIFKAN SEPENUHNYA. BLOG BARU BOLEH DILAWATI DI http://onejerai.blogspot.com/ UNTUK PERSEMBAHAN YANG LEBIH MANTAP DAN MESRA PENGGUNA

sila klik dibawah untuk ke laman baru UMNO BAHAGIAN JERAI

Wadah untuk ahli-ahli UMNO Jerai untuk berinteraksi terus dengan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan seluruh AJK Bahagian UMNO Jerai.

"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
"

PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA DIHOSPITAL YAN

12.11.09

HARI PELANCARAN KEMPEN GERAK MESRA 1MALAYSIA

Kelancaran Majlis Pelancaran Kempen Gerak Mesra 1Malaysia(BN Menang-Kedah Senang) disambut dengan perasaan penuh kesyukuran kehadrat Allah. Dari seawal pukul 7.00 pagi telah giat pihak-pihak petugas dan urusetia menjalani tugasan terakhir mereka kerana dijangkakan ketibaan rakyat adalah sekitar pukul 2.00 petang tetapi ada yang telah tiba seawal pukul 12.00 tengahari. Namun, kerana kecekapan pihak yang mengendalikan makan-minum TETAMU ISTIMEWA UMNO/BN Jerai, iaitu rakyat biasa yang sentiasa didahulukan, maka walaupun ketibaan mereka sedikit awal dari yang dijadualkan, ketibaan mereka telah diberikan makanan dan minuman yang sepatutnya.

Ketika jam menunjukkan pukul 2.30 petang, kehadiran rakyat biasa sebagai TETAMU ISTIMEWA semakin ramai. Siam, India, Cina dan Melayu kelihatan begitu mesra seperti ingin menyampaikan isyarat bahawa perpaduanlah yang mereka mahukan setelah sekian lama perasaan ini agak renggang hasil mainan sentimen oleh pihak pembangkang.

Dan ketika saat-saat hampir kepada ketibaan TETAMU KHAS YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin, ketibaan tetamu istimewa, rakyat biasa melaut dari apa yang dijangkakan. Anggaran awal sebanyak 8,000 tetamu istimewa yang datang ternyata jauh dari jangkaan kerana sehingga selepas ketibaan YAB TPM, masih ada TETAMU ISTIMEWA yang berpusu-pusu sehingga khemah yang disediakan sudah padat sehingga dewan terpaksa dibuka untuk menampung limpahan TETAMU ISTIMEWA yang tidak pututs-putus datang bukan setakat hanya ingin menyambut TETAMU KHAS mereka, tetapi sebagai isyarat bahawa mereka sememangnya MENYOKONG kepimpinan kedua-dua tonggak diatas, iaitu Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' hj Muhyiddin Mohd Yassin. Dari jumlah kupon yang diagihkan dipercayai lebih dari 20,000 TETAMU ISTIMEWA dari kalangan rakyat jelata pelbagai peringkat hadir ke perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Titi Serong. TAHNIAH KEPADA SELURUH TETAMU ISTIMEWA!!!



































































2 comments:

  1. Salam Ziarah......

    Sekalung tahniah diucapkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri Kedah khususnya UMNO bahagian Jerai kerana berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Kempen Gerak Mesra 1Malaysia(BN Menang-Kedah Senang)ini dengan jayanya.

    ReplyDelete

SILA PERKENAL DIRI SEKIRANYA BERMINAT UNTUK MEMBERI KOMEN