PENAIKAN TARAF BLOG UMNO BAHAGIAN JERAI

INGIN DIUMUKAN DISINI BAHAWA BLOG INI AKAN DI BEKUKAN SETELAH BLOG UMNBO BAHAGIAN JERAI YANG BARU DIAKTIFKAN SEPENUHNYA. BLOG BARU BOLEH DILAWATI DI http://onejerai.blogspot.com/ UNTUK PERSEMBAHAN YANG LEBIH MANTAP DAN MESRA PENGGUNA

sila klik dibawah untuk ke laman baru UMNO BAHAGIAN JERAI

Wadah untuk ahli-ahli UMNO Jerai untuk berinteraksi terus dengan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan seluruh AJK Bahagian UMNO Jerai.

"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
"

PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA DIHOSPITAL YAN

14.10.09

Projek Sayang erat BN, rakyat

Projek Sayang erat BN, rakyat


NAJIB Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor bersama Muhyiddin Yassin dan Shahrizat Abdul Jalil bersama sebahagian daripada ahli Skuad Sayang pada majlis pelancaran Projek Sayang Wanita UMNO di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kewujudan Projek Sayang menerusi Skuad Sayang mampu mendekatkan lagi hubungan antara parti dengan rakyat.

Menurut Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, beliau yakin usaha tersebut bukan sahaja akan membantu menampilkan imej baru kepada Wanita UMNO tetapi juga memberi kesan positif kepada parti keseluruhannya.

Katanya, yang penting sekarang ialah semua pihak termasuk parti-parti komponen menggerakkan usaha membantu melaksanakan hasrat dan tujuan murni tersebut.

''Saya yakin dan percaya apa yang bakal dilakukan oleh Skuad Sayang ini akan dapat mendekatkan Pergerakan Wanita dan UMNO serta Barisan Nasional (BN) kepada rakyat jelata.

''Insya-Allah program ini akan memberi kesan besar. Saya harap semua bahagian termasuk parti-parti komponen BN melaksanakan aktiviti Skuad Sayang ini dengan penuh semangat,'' katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan pelancaran Projek Sayang Wanita UMNO di sini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin; Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin serta pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang lain.

Pada majlis itu, Wanita UMNO turut menerima sumbangan kenderaan Nissan Frontier dan Nissan Pregio daripada Kinta Hub Sdn. Bhd. serta Proton Exora (Desiran Jaya Sdn. Bhd.)

Terdahulu, Rosmah dalam ucapannya berkata, usaha yang dilaksanakan oleh Wanita UMNO selaras dengan aspirasi 1Malaysia.

''Saya yakin program sebegini juga dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin. Hubungan yang erat ini akan menjadikan pemimpin dan rakyat lebih mesra antara satu sama lain,'' katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan kejayaan Projek Sayang menerusi Skuad Sayang tersebut bergantung kepada kerjasama dan sokongan semua pihak.

''Saya melihat Projek Sayang ini akan dapat mengusik dan mencuit hati dan perasaan rakyat terhadap Wanita UMNO khususnya dan parti UMNO amnya. Dan insya-Allah, hasilnya akan sama-sama dikecapi apabila sampai masa,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

SILA PERKENAL DIRI SEKIRANYA BERMINAT UNTUK MEMBERI KOMEN