PENAIKAN TARAF BLOG UMNO BAHAGIAN JERAI

INGIN DIUMUKAN DISINI BAHAWA BLOG INI AKAN DI BEKUKAN SETELAH BLOG UMNBO BAHAGIAN JERAI YANG BARU DIAKTIFKAN SEPENUHNYA. BLOG BARU BOLEH DILAWATI DI http://onejerai.blogspot.com/ UNTUK PERSEMBAHAN YANG LEBIH MANTAP DAN MESRA PENGGUNA

sila klik dibawah untuk ke laman baru UMNO BAHAGIAN JERAI

Wadah untuk ahli-ahli UMNO Jerai untuk berinteraksi terus dengan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan seluruh AJK Bahagian UMNO Jerai.

"RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
"

PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA DIHOSPITAL YAN

24.10.09

MAJLIS PERJUMPAAN DENGAN KETUA-KETUA CAWANGAN

Pada petang kelmarin dan hari ini telah diadakan perjumpaan serta mesyuarat tidak rasmi diantara Ketua Bahagian UMNO Jerai dan seluruh Ketua-ketua Cawangan UMNO dalam Parlimen Jerai berkaitan isu-isu semasa dan juga soal jawab mengenai bajet 2010 bagi menambah maklumat dari kedua-dua belah peringkat. Semalam perjumpaan dimulai dengan Ketua-ketua Cawangan UMNO DUN Gurun, manakala hari ini pada sebelah pagi dengan Ketua-ketua Cawangan UMNO DUN Sungai Limau dan petang ini dengan Ketua-ketua Cawangan UMNO DUN Guar Chempedak.












15.10.09

Teks Penuh Ucapan Dasar Presiden UMNO 2009



UCAPAN DASAR
PRESIDEN UMNO
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HJ. ABDUL RAZAK
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009
PADA 15HB OKTOBER 2009 (KHAMIS) JAM 9.00 PAGI
DI DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA KUALA LUMPUR










14.10.09

Projek Sayang erat BN, rakyat

Projek Sayang erat BN, rakyat


NAJIB Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor bersama Muhyiddin Yassin dan Shahrizat Abdul Jalil bersama sebahagian daripada ahli Skuad Sayang pada majlis pelancaran Projek Sayang Wanita UMNO di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kewujudan Projek Sayang menerusi Skuad Sayang mampu mendekatkan lagi hubungan antara parti dengan rakyat.

Menurut Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, beliau yakin usaha tersebut bukan sahaja akan membantu menampilkan imej baru kepada Wanita UMNO tetapi juga memberi kesan positif kepada parti keseluruhannya.

Katanya, yang penting sekarang ialah semua pihak termasuk parti-parti komponen menggerakkan usaha membantu melaksanakan hasrat dan tujuan murni tersebut.

''Saya yakin dan percaya apa yang bakal dilakukan oleh Skuad Sayang ini akan dapat mendekatkan Pergerakan Wanita dan UMNO serta Barisan Nasional (BN) kepada rakyat jelata.

''Insya-Allah program ini akan memberi kesan besar. Saya harap semua bahagian termasuk parti-parti komponen BN melaksanakan aktiviti Skuad Sayang ini dengan penuh semangat,'' katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan pelancaran Projek Sayang Wanita UMNO di sini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin; Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin serta pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang lain.

Pada majlis itu, Wanita UMNO turut menerima sumbangan kenderaan Nissan Frontier dan Nissan Pregio daripada Kinta Hub Sdn. Bhd. serta Proton Exora (Desiran Jaya Sdn. Bhd.)

Terdahulu, Rosmah dalam ucapannya berkata, usaha yang dilaksanakan oleh Wanita UMNO selaras dengan aspirasi 1Malaysia.

''Saya yakin program sebegini juga dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin. Hubungan yang erat ini akan menjadikan pemimpin dan rakyat lebih mesra antara satu sama lain,'' katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan kejayaan Projek Sayang menerusi Skuad Sayang tersebut bergantung kepada kerjasama dan sokongan semua pihak.

''Saya melihat Projek Sayang ini akan dapat mengusik dan mencuit hati dan perasaan rakyat terhadap Wanita UMNO khususnya dan parti UMNO amnya. Dan insya-Allah, hasilnya akan sama-sama dikecapi apabila sampai masa,'' katanya.

'Kita sudah tidak ada masa'

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Ketiga-tiga sayap UMNO diminta menetapkan Penunjuk Prestasi Utama Politik (PKPI) bagi memastikan UMNO kembali menjadi parti yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang memberi harapan kepada segenap lapisan rakyat.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penunjuk prestasi berkenaan bermatlamat menambah ahli baru, mendaftar pengundi baru dan membentuk jaringan dengan pertubuhan bukan kerajaan.

''Saya memberi tempoh dua tahun untuk saudara-saudari mencapai sasaran. Kita sudah tidak ada masa. Gerakan ini mesti bermula sekarang,'' katanya ketika merasmikan secara serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Putra (PWTC) di sini malam ini.

Sambil mengiktiraf sumbangan pemimpin dan ahli ketiga-tiga sayap itu dalam menyumbang bakti kepada parti dan orang Melayu serta sentiasa berada di barisan hadapan mengarak panji-panji parti, Muhyiddin bagaimanapun berkata, semua itu belum memadai sekiranya rakyat belum merasai.

''Pilihan Raya Umum Ke-12 menjadi bukti generasi muda yang masih belum menghayati perjuangan UMNO sepenuhnya manakala UMNO tidak dilihat memenuhi aspirasi generasi muda dengan pemikiran segar.

''UMNO dilihat sebagai parti eksklusif yang semakin renggang daripada massa. Gerakan kerja parti dalam hal penambahan ahli dan pengundi baru pula kelihatan lesu. Inilah antara contoh-contoh cabaran yang belum ditangani,'' katanya sambil menambah generasi muda pada hari ini adalah generasi yang mengutamakan cetusan akal, bukan letusan emosi.

''Justeru tidak ada jalan pintas bagi kita untuk menyantuni generasi muda melainkan kita dapat meyakinkan mereka dengan asas-asas perjuangan kita secara tuntas dan rasional,'' katanya.

Muhyiddin berkata, biarpun hari ini kebangkitan semangat Wanita, Pemuda dan Puteri sudah mula dapat disaksikan namun ia perlu dikentalkan lagi.

''Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri mesti mara ke hadapan sebagai satu pasukan yang mantap dan padu untuk memikul amanah perjuangan.

''Setialah kepada prinsip, satukanlah hati, bulatkanlah tekad, bergeraklah dalam satu wadah menuju satu matlamat. Hindarilah kemilau harta dan permata yang melemahkan daya juang, jauhkanlah diri daripada perebutan kuasa yang membinasa, jadilah jurubicara hati nurani rakyat yang berkat,'' katanya.

Timbalan Presiden itu bagaimanapun yakin kepimpinan ketiga-tiga sayap mampu mendepani cabaran berkenaan.

''Maka garaplah segala potensi, gilaplah kerohanian diri, tingkatkanlah ilmu, kuasailah kemahiran, manfaatkanlah kecerdasan minda dan perkukuhkanlah kualiti kepimpinan supaya UMNO kembali menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang memberi harapan kepada segenap lapisan rakyat jelata,'' kata beliau.

Utusan, 13/10/2009

11.10.09

BN MENANG BESAR DIBAGAN PINANG

BN menang besar


MUHYIDDIN Yassin (kanan) dan Mohamad Hasan (kiri) mengangkat tangan Mohd. Isa Abdul Samad sejurus Barisan Nasional diumum sebagai pemenang pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Negeri Sembilan, semalam.


PORT DICKSON 11 Okt. – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan memperoleh 8,013 undi menewaskan Pas.

Majoriti yang diperoleh calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.

BN menang di semua lapan daerah mengundi termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu.

Calon Pas, Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N31 itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin pada pukul 8 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sebanyak 82 peratus pengundi di Bagan Pinang hari ini keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Segala bentuk provokasi dan pergaduhan yang timbul menjelang hari pengundian tidak menghalang pemilih untuk keluar mengundi sekaligus melonjakkan sokongan kepada BN.

Kemenangan itu juga memecahkan kebuntuan BN yang tewas di enam pilihan raya kecil di Semenanjung. BN hanya menang satu kerusi iaitu di DUN Batang Air, Sarawak.

Ketika pengumuman dibuat, Mohd. Isa turut berada di dalam dewan sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin BN yang lain.

Pengumuman kemenangan beliau turut dirai dengan sorakan penyokong BN yang berada di luar dewan.